Sekadar
perkongsian berkenaan kesihatan. Ramai di kalangan kita yang tidak tahu dan
tidak sedar, dalam badan kita mempunyai banyak najis terlonggok atau lebih
dikenali sebagai tong sampah bergerak. Tong sampah ini dipanggil usus.
Malah
ramai juga yang tidak perihatin tentang kesihatan usus. Kata Nabi, segala
penyakit berpunca dari perut. Jadi, apabila perut terlalu asyik menerima segala
macam makanan, usus terpaksa menerima dan memproses untuk dihantar ke
bahagian-bahagian badan yang lain.
Tanda-tanda
usus tidak sihat seperti muka berjerawat, kerap mengantuk dan lebih parah lagi
dapat menyebabkan kanser. Jadi jika pelbagai penyakit datang, anda makanlah apa
jua jenis ubat sekalipun selagi mana usus anda tidak sihat, ubat tersebut tidak
akan berfungsi dan memainkan peranan dengan baik.
Menurut
pakar perubatan di Amerika Syarikat, antara 22 000 pesakit yang telah dibedah
siasat didapati tiada seorang pun yang mempunyai usus yang sihat!
Sebenarnya,
usus di dalam tubuh badan manusia bersamaan dengan 6 kali ketinggian kita. Usus
dilipat kemas dan disimpan rapi di dalam badan.
Di
bawah ini merupakan keadaan usus kita. Kita tidak sedar makanan masuk seharian
akan terlonggok dalam usus kita dan makanan tersebut akan terkumpul. Tidak
semua najis terlonggok dalam usus akan dikeluarkan sepenuhnya sewaktu kita
buang air. Pasti dan pasti ada saki baki dan sisa yang masih tertinggal di
dalamnya.
Mungkin
sisa dan saki baki najis kita tadi akan terlonggok di dalam usus selama
beberapa tahun dan inilah yang dapat menyebabkan kanser kerana najis tersebut
akan diserap kembali ke dalam darah kemudian ke hati.
Selalunya
kita dapat lihat secara fizikal, najis terlonggok akan banyak pada orang yang
berperut buncit
Kajian
mendapati toksin daripada najis yang melebihi 3 hari disuntik ke dalam tubuh
tikus, tikus tersebut akan mati serta merta!!!!
Lebih
bahaya, najis yang terlonggok tersebut akan menggalakkan lagi pertumbuhan
bakteria berbahaya yang dapat menyebabkan kanser!!
Bagaimana
kita hendak tahu sama ada usus kita sihat atau tidak??? Kita dapat tahu tahap
kesihatan usus kita bergantung pada :
1.
Warna dan bau
Usus
yang sihat : warna najis akan menjadi perang kekuningan dan tidak berbau
2.
Bentuk
Usus
yang sihat : Bentuk pisang, berdiameter 3cm, panjang 6cm
3.
Kekerasan
Usus
yang sihat : Biasanya mengandungi 75-80% kelembapan, jika >90% najis
terhasil akan berair, jika <70% najis terhasil akan menjadi keras
4.
Masa
Usus
yang sihat : Najis yang dihasilkan mengambil masa 2-3 minit untuk keluar
daripada dubur
5.
Kuantiti
Usus
yang sihat : Kuantiti yang dihasilkan lebih kurang 1kg
6.
Kekerapan buang air
Usus
yang sihat : Kekerapan buang air mestilah 2 kali sehari.
Cara
yang paling berkesan untuk memastikan kesihatan usus sentiasa di tahap yang
baik :
1.
Bakteria baik hendaklah diambil dengan cara pengambilan supplemen
2.
Mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya
Proses
penuaan akan bertambah teruk sekiranya terdapat banyak toksin di dalam sistem
penghadaman kita. Untuk mengurangkan risiko kesihatan, cara yang paling
berkesan adalah dengan membersihkan usus kita supaya sistem penghadaman kita
dapat berfungsi dengan cekap dan baik seterusnya kecantikan luaran akan
terserlah dan proses penuaan akan menjadi lambat.
Pemenang
anugerah nobel phD, Elie Metchnikoff mendapati penuaan adalah berpunca daripada
rembesan toksin oleh bakteria berbahaya dalam usus.
Turut
didapati, golongan yang mempunyai jangka hayat yang panjang, bakteria Bifidus
dalam usus mereka adalah lebih banyak.
Apabila
anda mengambil ubat antibiotik, bakteria baik dalam usus akan dihapuskan
bersama-sama bakteria berbahaya. Bakteria Bifidus bertindak untuk mewujudkan
persekitaran usus yang sihat. Dengan merangsangkan pergerakan usus, bakteria
buruk dan bahan buangan toksin akan disingkirkan daripada badan.
Ayuh, usus sihat, badan cergas, minda cerdas.