Saturday, August 6, 2016

7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya



7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!

MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Sharing is caring.... Al-Fatehah utk kedua ibubapa kita..


SUMBER: https://www.facebook.com/ElkenCelebritySecretMalaysia/posts/529577750452191

Monday, August 1, 2016

Lelaki Terkaya Di China



Bagaimana Jack Ma menjadi lelaki terkaya di China : Idea dan pasukan bisnes yang muda!
-------------------------------------------------
Richard Nixon datang ke kampung Jack Ma. Ia berubah menjadi pekan pelancongan. Semasa waktu inilah Jack Ma menjadi pemandu pelancong. Nama "Jack" diberikan oleh rakan pelancongnya.

Beliau sukar mendapatkan kerja walaupun telah tamat belajar dari Institut Perguruan Hangzhou. Berdozen menolak permohonan kerja beliau.

Sehinggalah mendapat pekerjaan pertama mengajar dengan pendapatan $12 sebulan di sebuah Universiti.

'Online' menjadi kamus baru pada Jack Ma ketika beliau pergi ke sebuah trip di US pada tahun 1995. Masa ini kali pertama beliau 'search online', perkataan pertama beliau adalah 'beer'.

Beliau menjadi kecewa mengapa tiada keluaran dari China yang terpampang pada skrin.

Balik negara beliau, dipanggilnya 17 orang rakan ke dalam apartment kecil beliau, dan diyakinkan untuk melabur kepada bagi mewujudkan satu tempat 'pasaran online' yang dinamakan ALIBABA.

Walaupun ketika itu tim Jack masih baru, beberapa tahun kemudian beberapa syarikat dari US dan Japan melabur berpuluh juta dalam syarikat Alibaba. Potensi besar!

Jack berkata kepada pasukannya, "Kita akan berjaya, kerana kita orang muda yang tidak akan berhenti mengalah!"

Mempunyai daya pengaruh yang kuat kepada pasukan dan sentiasa berimpian besar, Jack lebih suka mewujudkan suasana yang lebih seronok di tempat kerja.

Dalam projek 'melawan dominasi syarikat eBay di China', ahli pasukannya amalkan berdiri menggunakan tangan beberapa ketika bagi menguatkan fokus!

Permulaan kejayaan besar berlaku ketika syarikat Yahoo melaburkan US 1 Billion pada Alibaba!

Ia tidak berhenti disitu.

Tarikh keramat 19 September 2013, melakarkan sejarah, sebaik sahaja Alibaba disenaraikan dalam bursa saham, Jack Ma bernilai $ 25 Billion!

Ia menjadikan beliau lelaki terkaya di China.

Mohon SHARE dan LIKE jika suka. :)
(Elak copy-paste. Hargai harta intelek.)

Saturday, July 2, 2016

Tak Nak Tak Apa




Dalam pengalaman berkongsi dan bertemu orang, ada macam-macam karenahnya. Ada yang menjemputnya datang rumah dengan senang hati, ada yang bila sudah buat temujanji batal tiba-tiba, ada juga yang ghairah mahu dengar peluang, dan seribu macam lagi.

Apa pun tidak pernah mengecewakan kami. Kami bukan mahu beri 'BERUANG' tetapi kami mahu sama-sama beri 'PELUANG DAN BER WANG'.

Itu lumrah, kita datang niat untuk berkongsi dan membantu, mana tahu ada yang sakit, ada yang perlukan bantuan dan peluang. Kami ceritakan kebaikan produk dan peluang. Kami ikut sistem yang diajar. Kami bergerak dengan sistem yang diajar.

Dugaan dan ujian yang berlaku kepada kekasih hati saya lagi hebat. Mulut orang bukan senang nak tutup. Hari ini baru tahu siapa kawan siapa yang macam tak nak kawan. Nak jauh-jauhkan diri...Mengapa?

Sabarlah sayang! Itu yang saya mampu berikan kata-kata untuknya. Saya teringat dengan kata-kata yang saya tuliskan di muka buku beberapa bulan yang lalu.

"Hari ini, kalau kita mahu ubah hidup kita. Kita kena yakin pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif. Lakukan apa sahaja selagi ianya memberi manfaat untuk mengubah kehidupan kita.

Usah dikesah apa orang lain kata. Kita buat pun orang kata, tak buat pun orang kata kita. Baik kita berbuat sesuatu untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, dan masyarakat..."

Orang tolak, orang tidak mahu takkan nak paksakan. Malah ada siang-siang lagi sudah beritahu...

"kalau nak cerita pasal produk...syarikat Elken...tak apa...belum bersedia".

Sampai begitu sekali.

Biasalah, kita berhubung dengan manusia bukan berhubung dengan makhluk asing...kann.'

Senyum...sabar...cuba lagi!. Ada yang dulu bila kita nak datang rumah senang sahaja , sekarang susah. Mereka seolah anggap macam kita ini mahu jual barang.

Alahai..tetamu datang membawa rahmat sudah dilupakan. Tak payahlah saya petik ayat quran atau hadis. Saya yakin sebagai muslim masing-masing reti dan faham dalil-dalil tersebut.

Apakah kami lemah? Tidak sama sekali...selagi kami kuat, selagi kami mahu...InsyAllah kami akan laksanakan. Kami pun takut jika kami tak kuat dan tidak sabar dalam mengharungi bisnes MLM ini.

Kami hanya minta kepada Allah SWT. Kami yakin hanya meletakkan pergantungan kepada-NYA kami akan kuat dan akan dapat. Kejayaan itu jalannya bukan mudah tapi kami yakin akan manis akhirnya.


AAMIIN YA RABB!


JAYAKAN ANDA JAYAKAN BANGSA

Thursday, June 30, 2016

Susahlah Tak Pandai Cakap



Pelik bunyinya tapi memang sesuatu yang benar bukan mimpi tetapi realiti. Cuba juga tepuk pipi kanan dan pipi kiri mana tahu saya mimpi ke tidak tapi memang bukan mimpi.

Saya biarkan dia terus membebel, cakap dan terus bercakap. Saya sedar masih di alam realiti. Apa yang saya dengar memang dia sedang bercakap, hebat percakapannya. Saya yakin memang dia bercakap dan dia pandai bercakap. Tapi pelik pula rasanya...

Dari seorang yang petah lancar bercakap tiba-tiba boleh kata dirinya tak boleh bercakap. Inilah situasinya bila kita cuba beritahu tentang peluang merai pendapatan melalui bisnes MLM.

Salah satunya alasan yang tak minat bisnes MLM tak reti nak cakap...Alahai. Bisnes apa ya yang tak bercakap. Rasanya orang yang bisu pun bercakap walaupun guna bahasa isyarat tangan.

Mereka mampu lagi menjadi insan hebat berbanding kita yang lengkap sempurna ini. Bila sebut bisnes MLM terus kata "Aku tak boleh cakap...kau bolehlah..."

Alasan klise yang sering didengar. Memanglah bisnes MLM kena banyak bercakap. Nak kongsi kehebatan syarikat, hebatnya produk, berkongsi peluang dan kerjaya.

Bagaimana bisnes mahu berkembang rangkaian membesar meluas dan pendapatan hebat. Betul tak? Nak bisnes, nak pendapatan tetapi tak nak bercakap.

Bercakap...amboi mengumpat sana sini pun boleh. Secara jemaah lagi mengumpatnya. Kata orang sana sini. Mengutuk, mengeji, mencerca, menyakiti hati orang lain dan macam-macam lagi. Pandai pula bercakap.

Bila kita beri peluang bisnes MLM jadi tak boleh bercakap. Boleh jadi bisu pulak. Cuma pindahkan sahaja yang dulu kita kurang bercakap tukar kepada suka bercakap. Cakap yang baik-baik. Cerita kehebatan produk, cerita peluang, cerita syarikat dan lain-lain. Tak pandai cakap lagi?

Secara pribadinya saya seorang yang pemalu dan pendiam. Baru-baru ini saya dan kekasih hati saya ke rumah abang dan kakak ipar saya, yang baru sahaja kematian anak yang dilahirkan.

Dalam borak santai tiba-tiba abang saya menegur perubahan dalam diri saya. Dia melihat saya sudah kurus. Nah...apa lagi, saya terus bercerita , begitu juga dengan kekasih hati terus buka gelangganglah...dah orang tanya.

Takkan kita nak diamkan...disitulah saya bercerita, bercakap...sehingga abang saya sendiri hairan dengan perubahan saya. Saya yang dahulunya kurang bercakap kini banyak cakapnya pula...kann'.

Jadi, apa sebenarnya alasan yang kata buat MLM tak pandai cakap? Tak pandai cakap kena belajar...kena banyak juga membaca. Bacalah buku produk, khasiat produk, belajar mendengar melalu cd, vcd atau dvd, semua sudah tersedia ada.

Jumpa kawan pantang bercakap...cerita terus. Cakap...cakap...cakap. Bila sudah bercakap sekurang-kurangnya kita sudah mula menyampaikan apa yang kita tahu Dari sedikit-sedikit lama-lama kemahiran itu muncul sendiri. YAKIN DAN PERCAYA!.


Inilah sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan dalam mengharungi dunia bisnes MLM. Bukanlah saya pakar, sekadar pengalaman yang sedikit...banyak lagi yang saya perlu pelajari...belajar...belajar...belajar!


JAYAKAN ANDA JAYAKAN BANGSA

Wednesday, June 29, 2016

TUKAR JENAMA





Tukar jenama dari yang biasa-biasa ke jenama yang luar biasa. Mengapa saya katakan begini?

Semua orang suka dengan barangan yang berjenama. Contoh, ada yang suka pakai seluar Levi's sebab kualitinya yang baik, selesa dipakai, jahitannya bagus malah ia berjenama dan diakui di seluruh dunia. Malah harganya pun mahal. Betul?

Malah apa pun barangan, pakaian, makanan dan minuman sekalipun orang masih memilih yang berjenama. Bagi menunjukkan kita mementingkan kualiti dan jenama. Tentunya ada kebangaan di situ.

Apakah ada pulangan yang lumayan hasil dari barangan dan apa sahaja yang kita beli? Cuba fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Bukankah seronok, bila beli barang kita dapat untung dan faedahnya.

Jenama Unggul Elken

Ya...jenama unggul sudah berlegar dipasaran tempatan dan di arena antarabangsa selama 21 tahun. Sebuah syarikat yang kukuh dan mantap.

Sebuah syarikat Multilevel Marketing tiga tahun berturut-turut mengungguli jenama MLM yang lain di Malaysia dan mencapai tangga ke 50 diperingkat antarabangsa.

Tanpa iklan berbayar sama ada di kaca-kaca televisen atau di dada-dada akhbar pun jenama elken telah menarik minat dan dikenali ramai. Hanya dengan para usahawan-usahawan yang gigih dan berkeyakinan Elken telah mencapai jualan 4000% setahun.

Malah dengan kualiti barangan yang diperakui oleh dunia seperti produk kesihatan MRT Livextra, penerima anugerah berprestij antarabangsa 'Hadiah Nobel' dan banyak lagi produk yang sangat berkualiti menerima pengiktirafan dunia.

Sebanyak 200 lebih produk yang berlegar dipasaran tempatan dan antarabangsa. Dengan hasil produk tersebut telah memberikan manfaat dan faedah kepada para penggunanya.

Malah hanya menggunakan jenama elken, kini sudah ramai yang kaya raya dan berjaya. Itu hanya hasil TUKAR JENAMA dan YAKIN DAN PERCAYA 100% mereka dapat merealisasikan impian mereka.

Seramai 106 jutawan(1995-2016) telah lahir sejak 21 tahun kewujudanya hingga kini.

Tukarlah jenama anda sekarang!


JAYAKAN ANDA JAYAKAN BANGSA

Wednesday, June 22, 2016

Cakap Biar Serupa Bikin



Hari ini, ramai yang mahu buat bisnes.Tak kiralah bisnes apa sekalipun. Sama ada secara offline mahu pun online.Hari ini memang ramai yang membuat bisnes secara online.

Semakin maju semakin laju...begitulah teknologi membantu manusia dalam mencari peluang pendapatan. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat ketinggalan. Segalanya di hujung jari.

Sungguh, dengan perkembangan ekonomi yang tidak memberangsangkan, maka ramailah dikalangan kita mengambil peluang menjalankan bermacam-macam bisnes melalui talian internet.

Bermacam-macm produk dipasarkan melalui online. Bermula dari pakaian, makanan minuman, barang keperluan, spare part kereta, produk kesihatan dan sebagainya.

Sebagai penjual atau peniaga, pasti mahu barang jualannya terjual dengan laris. Siapa yang tidak mahu untung dalam bisnes...kann'. Semua orang mahu untung dalam bisnes yang dilakukan.

Testimoni Sendiri

Namun, sebagai penjual kenalah jujur dan amanah. Sebagai peniaga muslim sikap dan sifat ini mesti kena ada. Sebagai contoh. Seorang penjual produk kesihatan untuk menguruskan badan. Tidak kiralah produk apa, jenama apa dan yang lain-lain.

Biarlah jujur...penjual kenalah guna dan amalkan produk tersebut. Sebagai bukti yang produk dijual sudah memberi kesan yang bagus untuk diri sendiri.

Testimoni sendiri bagi membuktikan keberkesanannya. Jika memang diri sendiri saiz badan sudah kurus dan menarik itu lain ceritanya tetapi jika sebaliknya. Bagaimana ya?

Bukan sekadar cakap-cakap sahaja, tanpa ada bukti pada diri sendiri. Cakap biar serupa bikin!. Jika produk terjual beratus ribu sekalipun, jika diri sendiri masih begitu pastikah boleh tenang hati?. Tepuk dada tanya iman!.


Hidup biarlah dalam realiti bukan fantasi. Sekali lagi ditekankan khusus untuk diri sendiri dan yang mahu mengambil ibrah darinya. Tanamkan sikap dan sifat amanah dan jujur dalam bisnes yang dilakukan.


JAYAKAN ANDA JAYAKAN BANGSA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...