iELKEN COMPENSATION PLAN EXPLAINED!

SYARIKAT MULTI LEVEL MARKETING ELKEN NO 1 DI MALAYSIA

PERCUMA 'FITTING' HUBUNGI KAMI:

SELAMAT MEMBELI-BELAH

Tuesday, June 21, 2016

Detik Bermulanya Sebuah Impian



Nak Kurus Kena Sabar

Sedang duduk-duduk,selesai sahaja menyelesaikan tugasan. Fikiran ini menerewang jauh pada keadaan diri masa lalu.

Mengenang kembali bagaimana corak pemakanan saya, sehingga waktu itu berat badan naik dari sehari ke sehari.

Waktu itu memang tak kesah langsung. Gemuk pun gemuklah tanpa risau dengan bentuk badan yang semakin hilang keseimbangan dan taraf kesihatan yang bila-bila masa boleh berkurangan.

Bila waktu makan di luar, kadang-kadang boleh beritahu isteri.

"Ni yang terakhirlah makan dekat luar...cukuplah...lepas ni nak diet..."

Bila balik, sampai rumah boleh lagi buat lawak jenaka lagi. Sambil buka baju lihat diri ke dalam cermin. Buat aksi orang main angkat berat.

Terkinja-kinja konon berjoging, boleh lagi mengusap-ngusap perut semakin memboyot sambil bercakap dengan isteri membina impian palsu.

"Abang nak dietlah lepas ni..."

Jawaban isteri yang 'klise'.

"Eleh...dah berapa kali dengar cakap macam itu...masa makan tak ingat."

Rasa-rasa saya situasi ini berlaku juga pada orang lain. Mulut kata mahu kurangkan berat badan tapi tidak bersungguh-sungguh. Masih tergiur mahu makan yang sedap dimulut sahaja.

Makanan segera masih tidak mahu tinggal. Kadang-kadang waktu tengah hari boleh tahan tidak makan nasi hingga ke petang tetapi bila malam melantak bagai seminggu tidak jumpa makanan.

Lagi satu, ghairah melihat iklan KFC di kaca tv. Hati membuak-buak mahukanya. Dalam hati berkata-kata, dapat makan tiga ketul yang 'spicy'mesti best ni.

Bukan setakat tiga ketul malah lebih ayam kfc saya boleh makan dan  sampai tujuh ketul pun pernah. Memang melantak habis...orang belanja, yang penting sedap.

Amalan pemakanan yang tidak seimbanglah punca antara kegemukkan. Dari sehari ke sehari berat badan meningkat. Tanpa ada rasa risau dan peduli walaupun sesekali rasa takut ada.

Senaman langsung tidak buat. Makan tidak dijaga dan teratur. Sehinggalah sampai satu hari isteri mengamalkan diet dengan produk yang sangat luar biasa hebatnya, tentunya dengan izin Allah dan amalkan dengan disiplin yang ditentukan.

Dari sehari ke sehari saya melihat perubahan fizikalnya yang semakin susut dan sihat. Perasaan di hati teringin pula mahu mengikuti jejak langkahnya.

Membuak-buak tidak boleh tahan...Tapiii...tapi yang panjang tu...

Nanti ada masa saya sambung ya...

Sabar ya...nak kurus kena sabar...kik3...

Ada kawa-kawan mahu kuruskan berat badan bagi tahu ya...😊.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JAM N.O.A ELKEN NO 1