iELKEN COMPENSATION PLAN EXPLAINED!

SYARIKAT MULTI LEVEL MARKETING ELKEN NO 1 DI MALAYSIA

PERCUMA 'FITTING' HUBUNGI KAMI:

SELAMAT MEMBELI-BELAH

Monday, June 20, 2016

TIP PRIBADI MAHU KURUS



Bagi saya. Dalam mengharungi 60 hari cabaran sensualite, bila difikir-fikir, direnung-renung ada beberapa sebab; berjaya atau tidak impian mahu kurus.

Antaranya:

1) Disiplin

Dalam apa sahaja kerja, perbuatan dan tindakan kita semua ada peraturan, ada manual, ada syaratnya, ada sistemnya...apa lagi?

Kalau dah berazam nak kurus. Ikutlah disiplin sungguh-sungguh, ikutlah aturan makan produk tu betul-betul. Sentiasa disiplinkan diri, ikut apa yang diaturkan, bukan pandai-pandai kita buat peraturan sendiri.

Disiplin...disiplin...disiplin...baru boleh kurus!

2) Doa

Adik, abang, Tuan, Puan,Datin Dato, Pak Cik, Mak Cik dan kawan-kawan semua. Nak kurus pun kena mintalah. Berdoalah kepada-Nya. Bagi muslim, ia perlu dan sangat penting.

Apa yang kita mahu lakukan itu perkara berat dan besar. Banyak kena korban,  mana tidaknya, biasa makan banyak sekarang kena kurangkan.

Biasanya minum manis-manis sangat kena elak jauhkan dan banyak perkara yang perlukan bantuan dari-Nya. Minta diberi kekuatan.

Doa tak semestinya di tikar solat. Sambil duduk, berdiri dan dalam hati. Minta sungguh-sungguh mahu kurus. Mesti ada sebab nak kurus selain nak sihat. Mungkin nak cantik, mungkin boleh senang mahu beribadat dan lain-lain. Mintalah...percaya dan yakin!

3) Sabar

Sabar sangat perlu. Apa sahaja yang kita mahu lakukan mesti kena sabar. Makan produk kesihatan kena sabar. Sabar bang!

Bukan hari ini makan, hari ini terus baik atau sembuh. Begitu juga mahu kurus, baru makan dua atau tiga kali terus nak kurus.Tidak! ada prosesnya.

Sabar sikitlah sayang ooi...SABARRR...terus amalkan. Ikut aturan, ikut syarat,ikut protokolnya. InsyAllah...hasilnya luar biasa.

Tak percaya cuba SABAR pasti berjaya.

4) Kuasa Minda

Perghh...macm pakar motivasi pula. Ini pengalaman. Gunakan kuasa minda anda. Gambar-gambarkan apa yang anda mahu, sebut-sebutkan ia sampai ke minda separa sedar 
kita...AKU NAK KURUS...AKU NAK KURUS...AKU NAK KURUS...Bayangkan insan-insan yang anda sukai.

Kalau nak kurus gambarkan diri kita seperti mereka. Saya yakin...impian nak kurus boleh dilaksanakan.

Siapa yang saya gambarkan? Saya ada inspirasi saya. Gambarnya ada d dalam telefon bimbit saya. Saya selalu lihat gambarnya...walaupun tak dapat macam dia sangat.


Alhamdulillah berkat kesabaran, guna kuasa minda ia dapat direalisasikan. Turun 10kg...!





HUBUNGI KAMI:

ZAMAN SHAH SAIYAN

+60133798684

MASHITAH IBRAHIM


+60189777872

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JAM N.O.A ELKEN NO 1