iELKEN COMPENSATION PLAN EXPLAINED!

SYARIKAT MULTI LEVEL MARKETING ELKEN NO 1 DI MALAYSIA

PERCUMA 'FITTING' HUBUNGI KAMI:

SELAMAT MEMBELI-BELAH

Friday, June 17, 2016

Kita Peneraju Empayar Baru



Buat seluruh para usahawan MLM ELKEN No 1 di mana pun mereka berada. Sukses selalu!

Kita Peneraju Empayar Baru
(Menuju 100 tahun Syarikat Elken)

Belum berakhir terus laju melangkah
ke persada dunia yang terbuka luas
memacu matlamat jitu padu ke mercu
terbentang luas saujana mata
tiada sempadan tiada had tiada terbatas
semua ada peluang ruang menjulang
siapa mahu rebut rembat boleh segera
nanti tertinggal kebelakang jadi walang.

Segera usah menyesal nanti tertinggal
terbukti sudah 21 tahun kukuh tidak rapuh
melebar sayap ke pentas dunia terbentang
berperstij tinggi terbukti usah dikaji lagi
106 bukti yang menyakinkan menabur budi
dari hati ke hati dari insan untuk insan
bermula dari percaya dahulu miliki kemudian,
ia menjadi realiti bukan fantasi.

Demi kesihatan itu kekayaan paling utama
membina impian demi kejayaan bersama
merubah kehidupan dari susah kini bahagia
yang diimpi dimiliki bermula dari mehnah tribulasi
bukan mudah tapi yakin dengan izin Ilahi
semua tidak mustahil boleh terjadi
usaha gigih berputus asa tidak sekali-kali
Nah...realiti di depan mata ramai menyaksi.

Kini...100 tahun diimpi kita pengisi realiti
wadah sudah dibuka usah diragui lagi mimpi,
kita peneraju kita perwaris anak-anak mewarisi...
di sini bermula era baru
siapa laju terus maju tertinggal termanggu
yang lena panjang kita kejutkan tidak mahu
biarkan terus begitu nanti mereka baru tahu
100 tahun kita peneraju empayar baru
sama-sama maju.

Masshah
25052016
Meru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JAM N.O.A ELKEN NO 1